INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 9 Oktober 2016

HEMATURIA (Kencing berdarah)


Kencing berdarah atau dalam bahasa perubatannya disebut sebagai ‘Hematuria’ merupakan suatu keadaan di mana terdapat sel darah merah pada urin.

Jika darah terlalu sedikit  di dalam kandungan urin dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, keadaan ini dikenali sebagai ‘Mikroskopik Hematuria’.

Biasanya, ‘Mikroskopik Hematuria’ diketahui melalui ujian urin dimakmal, namun, jika darah yang ada di dalam urin kelihatan cukup banyak, ia dapat memberikan warna merah, pink, atau warna coklat seperti air teh, keadaan ini di sebut sebagai ‘Gross Hematuria’.

Penyebab Kencing Berdarah

Kencing berdarah biasanya disebabkan kerana sering menahan buang air kecil. Biasanya juga diikuti rasa pedih di dalam perut mahupun di saluran pundi kencing.
Sering menahan buang air kecil menyebabkan terjadinya mendapan kotoran atau asid di dalam air kencing yang sepatutnya segera di keluarkan dari dalam tubuh kerana endapan tersebut lama kelamaan boleh mengeras dan menjadi batu yang menyumbatkan saluran pundi kencing sehingga menyebabkan jangkitan kuman.

Tanda Dan Gejala Kencing Berdarah

1. Air kencing merah ataupun keruh berkemungkinan kerana adanya penyakit radang buah pinggang.

2. Air kencing yang berdarah secara mendadak dan disertai sakit pinggang berkemungkinan kerana adanya penyakit batu karang.

3. Air kencing yang disertai dengan darah yang banyak, tetapi terjadinya  hanya kadangkala berkemungkinan kerana adanya penyakit kanser buah pinggang.

4. Air kencing yang bercampur dengan darah dan kotoran air kencing yang mendap berkemungkinan kerana adanya penyakit Tuberkulosis pada alat perkumuhan kencing.

5. Air kencing berwarna merah bercampur nanah dan disertai rasa sakit pada pundi kencing serta rasa ingin membuang air kecil berterusan berkemungkinan kerana adanya penyakit radang pundi kencing.

6. Air kencing berdarah terutama ketika pesakit banyak menggerakan tubuh, namun sukar untuk membuang air kecil berkemungkinan kerana adanya radang ataupun luka pada saluran kencing.

7. Air kencing berwarna merah tua disertai dengan demam panas dan sakit pada anggota badan berkemungkinan pesakit mempunyai penyakit berjangkit seperti sifilis.

Rawatan di Pusat Perubatan Holistik Dan Alternatif

Jika anda disahkan mengidap Hematuria atau kencing berdarah, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai pelbagai penawar pancaran gelombang elektromagnetik yang mampu memperbaiki dan mengaktifkan fungsi buah pinggang, saluran kencing, pundi kencing serta organ penyebab kencing berdarah

Biasanya, kami akan mengambil sample DNA pesakit kencing berdarah seperti rambut dan air liur supaya Perubatan Holistik dapat mengenal pasti kerosakan DNA pesakit kencing berdarah dan seterusnya berusaha memperbaiki serta memformat DNA kawasan organ yang lemah menjadi DNA yang sihat.

Disamping itu, kami akan melakukan Life Auto-Therapy supaya peralatan elektronik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE (yang diimport khas dari UK)  dapat melakukan terapi dalaman supaya DNA yang lemah boleh disusun semula secara digital.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit kencing berdarah, batu karang, kegagalan buah pinggang, masalah pundi kencing dan dan masalah kencing yang tidak lawas.

Untuk rawatan online sila klik di sini